Friday, December 17, 2010

Model is wearing red headscarf, while holding Upin Ipin limited edition stamps! Hahaha.. *Tiba2.. :P


Kepada peminat Upin Ipin, skang dah ada Setem Upin Ipin! Hehehe..
Hehehe.. Cute kan??

Okie dokie, just a short entry on Minggu Setem bersama Setem Upin Ipin.. :) Well, POS Malaysia telah bekerjasama dengan Les'Copaque Production, telah mengeluarkan and merasmikan Setem Upin Ipin pada 13 Disember lepas, dan akan berlangsung sehingga 19 Disember ini..

Setem ini bukan saja comel dan cantik tetapi ianya juga diantara yang pertama menggunakan teknologi pelekat. Ini bermakna kita tidak perlu meletakkan gam ataupun air untuk melekatkan setem ini kerana ianya sudah dilengkapi dengan pelekat tersendiri. Setem ini juga dilengkapi dengan sistem UV Spot bagi menimbulkan beberapa bahagian warna pada setem. Teknologi sebegini merupakan yang pertama digunakan di Asia. Kesemua setem serta sampul surat Upin & Ipin ini telah dicetak di Belanda.

Usaha POS Malaysia menggunakan Upin & Ipin, adalah bagi menghidupkan kembali generasi mengumpul setem, menulis surat dan mengimbau kembali permainan tradisional kepada generasi masa kini. Yer lah, asyik email and FB jer, mana dah the sentimental part of writing a ltter kan?? kekeke..

Setem ini juga dimaklumkan telah mendapat respon dan sambutan yang amat memuaskan. Khabarnya pejabat POS di KLCC telahpun hampir kehabisan stok setem Upin & Ipin. Nampaknya kepada peminat Upin & Ipin kenalah mendapatkan setem ini segera sebelum ianya habis dipasaran.

Chaiyoookkk!

p/s: Entri ini bukan untuk Cik Dan yerrr.. hehehe.. Tapi, Uncle Shafiq (yang memegang watak Jarjit, is our uncle (kawan daddy) and dah promised Aidan limited edition Upin Ipin's t shirt.. Haiii, bila lah nak sampai kat tangan daddy nih?? they hardly meet up.. Uncle Shafiq, kalau lambat kena kasik 2 plak later.. Hahaha.. Untuk adik Dan Dan sekali.. Kekeke.. :P)

Pantun untuk Jarjit, Uncle Shafiq!

" 1, 2, 3 lekuk,
Skang dah nak 2 tshirt, kan dah kena ketuk!! "

Hahahaha.. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com